RAHSIA JADI JUTAWAN


BOLEHKAH ANDA MENJADI JUTAWAN?


Jika anda ditanya soalan ini, apakah jawapan yang anda akan beri kepada orang yang menyoal anda? Jawapan anda mungkin seperti berikut:-
i)   Bagi mereka yang berjiwa kecil, tentunya akan senyum sinis dan beranggapan  bahawa soalan itu tidak logik untuk disoal,
ii)  Bagi mereka yang berjiwa sederhana, mereka akan menjawab “memanglah nak    jadi jutawan tetapi tak boleh lah”
iii) Bagi mereka yang berjiwa besar, mereka akan menjawab “saya nak jadi jutawan   tapi saya tidak ada kemampuan, adakah saudara ada cara?”
Orang yang berjiwa kecil selalunya negatif tetapi orang yang berjiwa besar selalunya positif. Anda bagaimana?

Sebenarnya semua orang boleh menjadi Jutawan sekiranya mereka mempunyai tabiat ‘menyimpan’. Bermula dengan sedikit, lama kelamaan tentu akan menjadi banyak. Sehari segenggam beras, lama-lama menjadi segudang. Persoalannya adalah berapa banyak yang perlu anda simpan untuk simpanan anda menjadi RM1,000,000.00 (sejuta ringgit)? Ayuh kita buatkan kiraan!

SIMPANAN                   MASA DI                              KIRAAN                                
SEBULAN                   PERLUKAN                           TAHUN
            RM100.00                  10,000 bulan                        833 tahun
            RM200.00                    5,000 bulan                        416 tahun
            RM300.00                    3,333 bulan                        278 tahun
            RM500.00                    2,000 bulan                        167 tahun
            RM1,000.00                 1,000 bulan                          83 tahun
            RM2,000.00                    500 bulan                          41 tahun
            RM5,000.00                    200 bulan                         17 tahun
            RM10,000.00                  100 bulan                           9 tahun

Jika kita menyimpan RM100.00 sebulan, bermakna kita perlu menunggu selama 833 tahun untuk menjadi jutawan!, tentunya mustahil. Tetapi sebenarnya, ianya TIDAK MUSTAHIL sekiranya kita melabur atau menyimpan ditempat yang boleh memberikan pulangan dividen yang tinggi.

Simpanan anda selama setahun adalah RM1,200.00, sekarang kita gunakan formula 72 yang kita pelajari dalam topik yang lepas. Jika anda menyimpan ditempat yang boleh memberikan pulangan dividen 12% setahun, 72 dibahagi dengan 12, kita akan dapat tempoh untuk simpanan RM1,200 itu menjadi sekali ganda (RM2,400.00) adalah 6 tahun. Ayuh kita kirakan berapakah dividen yang akan anda perolehi?



Jika setiap tahun anda menyimpan RM1,200.00 maka setiap tahun juga wang anda akan bertambah. Andaikan sekarang ini umur anda 25 tahun, ketika anda bersara pada usia 55 tahun (tempoh 30 tahun lagi) wang yang anda simpan pada tahun pertama telahpun menjadi RM38,400.00.

Tahukah anda berapakah simpanan anda ketika itu? Percayakah anda jumlahnya telah mencapai RM 289,599.00. Enam tahun sesudah itu, iaitu pada usia anda 61 tahun, jumlah 289,599.00 itu akan meningkat sekali ganda menjadi RM579,198.00



Ini adalah kiraan untuk simpanan RM100.00 sebulan atau RM1,200.00 setahun ianya telah mencecah melebihi SETENGAH JUTA! Bagaimana sekiranya anda menyimpan sebanyak RM200.00 sebulan? JADI!  adakah mustahil untuk anda menjadi JUTAWAN?


Menyimpan duit memang bagus tapi kat man nak simpan? Ada yang simpan kat akaun simpanan biasa yang memberi pulangan yang sangat rendah i.e. less than 1% setahun dan ada juga yang menyimpan di akaun simpanan tetap yang mana ianya lebih kurang 3% setahun. Apa kata simpan kat Tabung Haji yang mana dividennya lebih kurang 5% setahun.



Cuba tengok table kat atas mengenai jumlah yang bakal kita dapat setelah kita menyimpan di Tabung Haji yang mana dianggarkan dividen adalah sebanyak 5% setahun. So bolehlah kita plan untuk tujuan tertentu, tak kiralah untuk pergi menunaikan haji ke, anak nak masuk universiti, nak kahwin, persaraan dan macam-macam lagi le.

Sebagai contoh kita simpan RM100 sebulan bila anak baru aja dilahirkan, so setelah anak berumur 20 tahun, jumlah yang bakal kita dapat ialah RM41,663 so bolehlah digunakan untuk anak masuk universiti nanti.

Or simpan RM200 sebulan untuk tempoh 10 tahun kita dijangka akan menerima RM31,696 so bolehlah kita guna untuk tujuan bayar downpayment beli rumah nanti. So bila aja mula kerja dalam lingkungan umur 23-25 then mulalah buat simpanan ya. Boleh juga digunakan untuk pergi haji bagi jumlah tersebut.

Apa-apa pun, kita cuba yang terbaik untuk menyimpan kalau boleh buat potongan gaji. Bila ada duit hati kita rasa lebih tenang dan tak memeningkan kepala kan?

No comments:

Post a Comment